pok ya cong codei

Lepas menonton filem melayu kelantan yang menjadi hangat di negeri ini. Saya berasa senang hati la nak berkongsi lirik lagu dikir yang dimainkan dalam filem ini. Lagu tersebut yang bertajuk dimana kucari ganti nyanyian dikir jogho oleh jusoh kelong, seorang pendikir hebat pada zaman beliau.bagi saya Lagu dikir asli ini amatlah sesuai dengan watak pok ya sebagai orang vateren dan disengani dalam masyarakat tersebut. Jalan ceritanya pula amat lah masuk dengan lirik lagu ini kerana pok ya telah ditinggalkan oleh isterinya iaitu siti dalam siri yang pertama. Dengar lagu ni saya macam dapat menghayati karekter pok ya dalam filem ini. Jadi boleh la korang cari mp3 nya sy sekadar kongsikan lirik lagi disini. Semoga bermanfaat uollss..huhu

Dimanaku cari ganti 
Dikir Barat : Jusuh Kelong

Dimana ku cari ganti 
Hilang sudah tak kembali 
Hati gelisah tak sabar menanti 
Dari hari berganti hari

Sudah la nasib suratan diri 
Buruk dan baik telah terjadi 
Kutanam padi mengapa padi tak jadi 
Lalang lah juga tegak berdiri

Tujuh la gunung dapat la ku daki 
Sembilan lautan ku cuba renangi 
Berlitang patah busuk dan wangi 
Asalkan dapat hajat dihati

Kalau ku tahu nak jadi begini 
Dari la dulu ku tidak peduli 
Kalu lah sudi bilang kata sudi 
Janganlah cuba nak bedalih lagi


Lihat indahnya resemi padi 
Makin menunduk makin la berisi 
Layang-layang ku pegan mengapa terputus tali 
Perahu ku membelok dah patah kemudi

Usah la dikenang usah la di cari 
Yang peregi biarlah peregi 
Bertahun sudah aku mencari 
Patah tak tumbuh dek hilang tak berganti

Ulasan